PUTRAJAYA, 22 Jamadilawal 1439H, Khamis – Kompleks Tabung Haji Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan mula beroperasi pada pertengahan tahun ini.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Johan Abdullah berkata, ia dijangka dapat digunakan sebelum penerbangan pertama jemaah haji pada 13 Julai.
“Hotel Tabung Haji di Sepang telah 100 peratus siap pembinaannya, sekarang dalam proses membeli dan membawa perabot masuk ke hotel tersebut, manakala hotel di Kuching tinggal lagi 40 peratus untuk siap sepenuhnya,” katanya.
Beliau berkata, dengan pembukaan kompleks tersebut, sebanyak 333 bilik di Hotel Tabung Haji Sepang yang bertaraf lima bintang juga mula beroperasi.
Selain di KLIA, Kompleks Tabung Haji di Kuching, Sarawak pula dengan hotel bertaraf empat bintang dijangka siap sepenuhnya pada April ini.
The post Kompleks Tabung Haji KLIA mula operasi tengah tahun appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Kompleks Tabung Haji KLIA mula operasi tengah tahun
0 Komentar untuk "Kompleks Tabung Haji KLIA mula operasi tengah tahun"