Gema Semua Maklumat

Kontrak konsortium Singapura kendali lapangan terbang batal

Kontrak konsortium Singapura kendali lapangan terbang batal

RIYADH, 7 Jamadilakhir 1439H, Jumaat – Arab Saudi membatalkan kontrak ditandatangani dengan konsortium Singapura – Changi Airports International – dan syarikat tempatan, bagi mengurus dan mengendalikan Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz yang baharu di Jeddah.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Arab Saudi (GACA) dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat selepas semakan dalaman mendapati wujud beberapa kebimbangan yang memerlukan GACA menilai semula dan menamatkan penganugerahan konsesi kepada konsortium itu.

GACA menegaskan keputusan itu dibuat mengikut syarat ditetapkan dalam perjanjian dan kontrak baharu akan dibuka kepada bidaan awam pada masa depan.

Menurut kenyataan itu, keputusan berkenaan tidak akan menjejaskan jadual pembukaan dan operasi lapangan terbang baharu itu yang dijangka Mei ini.

Changi Airports International mengendalikan 20 lapangan terbang antarabangsa di seluruh dunia. Syarikat itu memenangi bidaan untuk mengendalikan lapangan terbang baharu di Jeddah pada April tahun lalu.

Malaysia, menerusi Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), sebelum ini turut membida bagi mengendalikan lapangan terbang baharu dan dianggap paling sibuk di Arab Saudi itu, bagi tempoh 20 tahun akan datang.

Projek lapangan terbang baharu itu dilancarkan pada Januari 2011. – Agensi

The post Kontrak konsortium Singapura kendali lapangan terbang batal appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada RZ sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Kontrak konsortium Singapura kendali lapangan terbang batal
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kontrak konsortium Singapura kendali lapangan terbang batal"

Back To Top