LONDON, 20 Jamadilawal 1439H, Selasa – Seabed Constructor, kapal canggih yang ditugaskan untuk menjalankan misi menjejaki pesawat Malaysia Airlines MH370 dilaporkan hilang secara misteri 31 Januari lalu.
Menurut portal Daily Mail, kapal berkenaan menutup Sistem Pengesan Automatik Dasar Laut (AIS), dan hanya berjaya dihubungi malam tadi setelah 10 hari berlepas dari pelabuhan Durban di Afrika Selatan.
Dilaporkan, sistem pengesanan kapal itu ditutup dalam tempoh berkenaan, selepas 80 jam melakukan perjalanan yang tidak didokumentasikan.
Sehingga kini, punca kejadian masih belum diketahui.
Kerajaan Malaysia menggunakan khidmat syarikat penerokaan dasar laut dari Amerika Syarikat, Ocean Infinity Limited, bagi misi pencarian MH370.
Kontrak diberikan berdasarkan kepada prinsip tiada pembayaran akan dibuat jika tiada penemuan dalam tempoh 90 hari operasi.
Ocean Infinity menyewa kapal penyelidikan Norway, Seabed Constructor bagi misi pencarian MH370 yang dilaporkan hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal, ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.- Agensi
The post MH370: Kapal Seabed Constructor hilang enam hari appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada tyrazalhe sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di MH370: Kapal Seabed Constructor hilang enam hari
0 Komentar untuk "MH370: Kapal Seabed Constructor hilang enam hari"