NEW YORK, 9 Jamadilakhir 1439H, Ahad – Sekutu kuat rejim Bashar Al-Assad, Russia, menjadi penghalang utama kepada rancangan gencatan senjata di Ghouta, Syria, yang dibentangkan pada mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), semalam.
Tatkala jumlah kematian penduduk Ghouta Timur di pinggir Damsyik kini mencecah lebih 500 orang sejak pengeboman besar-besaran rejim Syria dan Russia bermula Ahad lalu, pengundian bagi gencatan senjata itu terpaksa ditangguhkan kerana Russia sebagai salah sebuah negara anggota tetap UNSC, tidak bersetuju dengan deraf yang dibentangkan.
Deraf resolusi UNSC mengenai gencatan senjata 30 hari di seluruh Syria bagi membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan serta memindahkan mereka yang cedera, dicadangkan Kuwait dan Sweden.
Proses pengundian ditangguhkan beberapa kali, apabila anggota UNSC cuba meyakinkan Russia supaya menerima deraf baharu resolusi itu.
Lebih 500 penduduk, termasuk 126 kanak-kanak, terbunuh di Ghouta Timur berikutan serangan berterusan rejim Syria dan Russia sejak Ahad lalu, lapor pemerhati hak asasi manusia.
Ghouta Timur yang masih kekal menjadi kawasan dikuasai pejuang dan penentang, dikepung rejim Assad sejak 2013. – Agensi
The post Moscow enggan sokong gencatan senjata di Syria appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada RZ sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Moscow enggan sokong gencatan senjata di Syria
0 Komentar untuk "Moscow enggan sokong gencatan senjata di Syria"