Gema Semua Maklumat

Motosikal berkuasa tinggi lagi

Motosikal berkuasa tinggi lagi

KOPERAL Ahmad Izani Mohd Yusoff, 37, dari Balai Polis Trafik Kuala Krai, terbunuh, manakala isterinya, Mulyani Musa, 32, parah apabila motosikal berkuasa tinggi jenis Honda CBR 1000 yang mereka naiki terbabit dalam nahas di atas Jambatan Kusial, Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli, semalam.

Seorang lagi mangsa yang belum dikenal pasti identitinya menunggang Yamaha Ego juga maut, apabila kedua-dua motosikal itu bertembung, kira-kira jam 5 petang.

Beberapa hari lalu, ruang Tular Ismaweb.net turut melaporkan nahas membabitkan penunggang motosikal berkuasa tinggi di Lebuh Raya Lekas.

 

The post Motosikal berkuasa tinggi lagi appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada RZ sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Motosikal berkuasa tinggi lagi
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Motosikal berkuasa tinggi lagi"

Back To Top