Beliau berkata sekiranya pengguna menyediakan minuman itu mengikut sukatan seperti yang dicadangkan pada bungkusan Milo iaitu lima sudu dicampur  dengan 200 mililiter air maka minuman berkenaan tidak akan mengandungi kadar gula berlebihan.

Masalah timbul apabila pengguna tidak mengikut cadangan sukatan hidangan dengan menambahkan  gula atau susu pekat dalam  minuman itu, katanya.

Beliau berkata demikian sebagai  mengulas video seorang aktivis media sosial yang tular baru-baru ini mendakwa kononnya produk Milo mengandungi  kadar gula terlalu tinggi iaitu sebanyak 40 peratus bagi setiap  hidangan. – Bernama