Gema Semua Maklumat

PAS desak kerajaan akui kesilapan benar delegasi rejim pengganas Zionis masuk

PAS desak kerajaan akui kesilapan benar delegasi rejim pengganas Zionis masuk

BANGI, 2 Jamadilakhir 1439H, Ahad – Pemuda PAS Pusat mendesak kerajaan mengakui kesilapan membenarkan delegasi diplomat rejim pengganas Israel masuk ke negara ini bagi menyertai World Urban Forum (WUF) yang berakhir 13 Februari lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi menegaskan kesudian Malaysia menerima kehadiran delegasi berprofil tinggi dari entiti haram Israel itu adalah keputusan yang salah dan tidak sewajarnya berulang.

“Justeru, kami mendesak kerajaan Malaysia agar mengakui kesilapan ini dan seterusnya mempertegas komitmen untuk menolak sebarang bentuk hubungan dengan entiti haram Israel,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan perlu menggunakan langkah diplomati yang lebih strategik dan praktikel dalam memperjuangkan hak dan pembebasan Baitulmaqdis serta Palestin.

Katanya, walaupun jemputan terhadap delegasi rejim Zionis itu tidak dibuat secara rasmi oleh kerajaan Malaysia, sebagai negara yang komited menyanggah kezaliman dan penjajahan rejim Israel, Malaysia sepatutnya lebih sensitif dan tidak sewenang-wenangnya tunduk kepada tekanan pihak-pihak tertentu termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Delegasi yang diketuai oleh Diplomat Israel David Roet, dianggotai sama oleh salah seorang bekas Menteri Israel, Ophir Pines-Paz dan profesor dari Hebrew University of Jerusalem, Eran Razin. Mereka telah dibenarkan masuk oleh Kerajaan Malaysia dengan menggunakan pasport entiti haram Israel.

Berdasarkan laporan beberapa akhbar Israel, kehadiran Diplomat Israel ke Malaysia seperti ini merupakan yang pertama seumpamanya semenjak tahun 1965. Bahkan mereka berbangga dengan dakwaan betapa perkara ini menunjukkan kejayaan Israel dalam bidang diplomasi sehingga berjaya menembusi Malaysia, dan berpeluang bertemu dengan pegawai kanan kerajaan.

Muhammad Khalil berkata, akibat daripada kehadiran delegasi itu, peranan Malaysia sebagai sebuah negara yang memperjuangkan keadilan sejagat bagi rakyat Palestin melawan penjajahan Israel bukan saja tercalar, bahkan, ia boleh ditafsirkan sebagai permulaan hubungan Malaysia-Israel.

The post PAS desak kerajaan akui kesilapan benar delegasi rejim pengganas Zionis masuk appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada RZ sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di PAS desak kerajaan akui kesilapan benar delegasi rejim pengganas Zionis masuk
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "PAS desak kerajaan akui kesilapan benar delegasi rejim pengganas Zionis masuk"

Back To Top