Gema Semua Maklumat

Pesawat Iran terhempas, 66 maut

Pesawat Iran terhempas, 66 maut

TEHRAN, 2 Jamadilakhir 1439H, Ahad – Sebuah pesawat komersial Iran hari ini, terhempas di kawasan pergunungan di wilayah selatan negara itu, mengorbankan semua 66 penumpang dan anak kapal, lapor media negara itu.

Pesawat Aseman Airlines ATR-72, dengan dua enjin turbo yang digunakan untuk penerbangan jarak dekat, dilaporkan terhempas tidak jauh dari destinasinya di Yasuj, kira-kira 780 kilometer di selatan Tehran.

Jurucakap Aseman Airliones, Mohammad Taghi Tabatabai mengesahkan semua penumpang dan anak kapal, termasuk 59 dewasa dan seorang kanak-kanak dan dua marshal udara, terbunuh.

Berikutan keadaan yang berkabus, helikopter penyelamat tidak dapat sampai ke kawasan Pergunungan Zagros di mana pesawat itu terhempas di Gunung Dena setinggi kira-kira 14,435 kaki (4,400 meter).

Aseman Airlines dimiliki Yayasan Pesara Kakitangan Awam Iran. Ia adalah syarikat penerbangan ketiga terbesar di Iran berdasarkan jumlah pesawat, selepas Iran Air dan Mahan Air. – Agensi

The post Pesawat Iran terhempas, 66 maut appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada RZ sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Pesawat Iran terhempas, 66 maut
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pesawat Iran terhempas, 66 maut"

Back To Top