Gema Semua Maklumat

Pemandu dinasihat berhati-hati lalu tol Batu Tiga, Sungai Rasau

Pemandu dinasihat berhati-hati lalu tol Batu Tiga, Sungai Rasau

BANGI, 5 Jamadilakhir 1439H, Rabu – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menasihatkan semua pemandu supaya lebih berhati-hati dan memperlahan kenderaan apabila melalui Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, kerja-kerja perobohan bagi kedua-dua plaza tol terbabit akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut jadual kerja yang diluluskan.

Beliau berkata, PLUS sentiasa prihatin terhadap keselamatan pengguna jalan raya dan pekerja kontraktor sewaktu kerja perobohan dijalankan.

“Terdapat banyak papan tanda amaran disediakan di lokasi terutamanya melibatkan papan tanda amaran seperti had kelajuan kenderaan, dilarang memotong, lencongan di hadapan dan sebagainya untuk memberi peringatan kepada kira-kira 150,000 pemandu yang melalui kawasan terbabit setiap hari.

“PLUS turut meletakkan kon-kon keselamatan berpelekat pemantul cahaya di lokasi untuk membolehkan pemandu mengetahui kedudukan lorong.

“Lampu-lampu jalan (highmast) turut dinyalakan pada waktu malam untuk membantu orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semua kerja-kerja perobohan struktur fizikal Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau telah bermula dan dijangka selesai sepenuhnya penghujung Mac ini.

Isnin lalu, satu nahas maut di Plaza Tol Batu 3 Shah Alam, membabitkan sebuah kereta merempuh batu konkrit pondok tol itu.

Kejadian berkenaan menyebabkan Fathurezza Khoirul Huda Halimsuyto, 31, dan rakannya, Noor Hidayah Mohamed Rezmi, 27, maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan seluruh badan.

The post Pemandu dinasihat berhati-hati lalu tol Batu Tiga, Sungai Rasau appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada tyrazalhe sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Pemandu dinasihat berhati-hati lalu tol Batu Tiga, Sungai Rasau
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pemandu dinasihat berhati-hati lalu tol Batu Tiga, Sungai Rasau"

Back To Top