Gema Semua Maklumat

Pemuda Isma di Gunung Tahan

Pemuda Isma di Gunung Tahan

GUNUNG Tahan merupakan puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia dan keenam tertinggi di Malaysia dengan ketinggian (2187 meter / 7,175 kaki). Gunung ini terletak di sempadan dua negeri iaitu Pahang dan Kelantan dan merupakan satu-satunya gunung G7 yang terletak di luar Banjaran Titiwangsa.

Ada yang mengatakan perkataan “Tahan” merujuk kepada ketahanan fizikal dan mental yang diperlukan untuk menawan puncak gunung ini. Gunung ini juga dipercayai mendapat namanya selepas dikategorikan sebagai satu kawasan larangan atau ‘tahan dari datang atau didekati’ oleh penduduk setempat untuk menjaga semangat gunung suatu masa dahulu.

Di sepanjang perjalanan menuju ke puncak Gunung Tahan terlalu banyak dugaan dan cabaran yang perlu dihadapi. Hutannya sudah berusia beribu tahun dan sudah pasti bukan mudah untuk diredah. Jalan menuju ke puncak disajikan dengan pelbagai jenis cabaran di seperti merentasi sungai, trek berlumpur, trek berakar dan trek berbatu.

Pendakian selama 4 hari 3 malam anjuran Pemuda Isma dengan kerjasama i-Fitness melalui trek Merapoh – Puncak Gunung Tahan diketuai oleh Muhammad Al-Amin Mohd Asri merupakan Jawatan Kuasa Pemuda Isma Gombak bersama Ustaz Firdaus Zalani yang merupakan Jawatan Kuasa kelab sukan i-Fitness. Ekspedisi ini telah dijayakan oleh 19 pemuda yang telah menawan puncak Gunung Tahan pada jam 6.12 pagi 19 Februari 2018.

Pendakian hari pertama bermula melalui trek Kuala Juram – Kuala Luis – Lata Luis – Kem Kor (13.5km) .

Hari ke dua daripada Kem Kor ke Permatang – Kubang – Belumut – Bonsai – Botak (16km)
Hari ke tiga daripada Bukit Botak ke Puncak Gunung Tahan (2.5km) seterusnya Turun daripada puncak ke Botak – Bonsai – Belumut – Kubang – Permatang – Kem Kor – Lata Luis – Kuala Luis (27km).

Hari ke empat turun daripada Kuala Luis – Kuala Juram (5km).

Ekspedisi ini ditaja sebahagiannya oleh Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), BuatBaju.biz dan OBS Bundle Sports.

Semua pendaki perlu mengisytiharkan barangan-barangan yang dibawa sebelum dan selepas pendakian di Pejabat Taman Negara Sg Relau bagi menjaga kebersihan taman negara. Purata berat setiap beg peserta berisi barang peribadi dan ration kumpulan seberat 20kg seorang untuk dipikul sepanjang trek Gunung Tahan. – Gambar ISMAWEB.NET oleh Al-Amin Asri, 17 Februari 2018.


Peserta ekspedisi perlu menaiki kederaan pacuan 4 roda daripada Taman Negara Sungai Relau ke Kuala Juram untuk memulakan pendakian. – Gambar ISMAWEB.NET oleh Al-Amin Asri, 17 Februari 2018.


Trek daripada Kuala Juram menuju ke kaki Gunung Tahan perlu merentasi 5 sungai yang jauh dan tiada jalan masuk untuk kenderaan beroda. – Gambar ISMAWEB.NET oleh Al-Amin Asri, 17 Februari 2018.

Trek yang sangat curam membuatkan pendaki terpaksa menggunakan tali sebagai alat bantuan untuk meneruskan pendakian. – Gambar ISMAWEB.NET oleh Al-Amin Asri, 17 Februari 2018.

Khemah terus didirikan sebaik sahaja tiba di Kem Kor sebagai persediaan untuk bermalam. – Gambar ISMAWEB.NET oleh Al-Amin Asri, 17 Februari 2018.

Sebahagian pendaki menunaikan solat maghrib di Kem Kor sementara sebahagian daripada mereka memasak untuk makan malam. – Gambar ISMAWEB.NET oleh Al-Amin Asri, 17 Februari 2018.


Sesi berkenal-kenalan dan tazkirah oleh Ustaz Firdaus Zalani selepas selesai solat Maghrib dan bacaan al-Ma’thurat di Kem Kor. – Gambar ISMAWEB.NET oleh Al-Amin Asri, 17 Februari 2018.

Pendaki mengambil makanan yang telah dimasak untuk dinikmati dengan duduk berlantaikan tanah, beratapkan bintang sambil menikmati keindahan malam di Kem Kor. – Gambar ISMAWEB.NET oleh Al-Amin Asri, 17 Februari 2018.

Pendaki melepaskan lelah di checkpoint Kubang pada hari ke-2 pendakian sebelum meneruskan pendakian ke Kem Botak. – Gambar ISMAWEB.NET oleh Al-Amin Asri, 18 Februari 2018.


Panas matahari mula menggigit kulit apabila pendaki melepasi checkpoint Bonsai, di mana pokok-pokok besar sudah tidak kelihatan dan diganti dengan tumbuhan-tumbuhan renek akibat altitud yang semakin meninggi. – Gambar ISMAWEB.NET oleh Al-Amin Asri, 18 Februari 2018.


Permandangan senja di sekitar Kem Botak. Puncak Gunung Tahan terletak di puncak di sebelah kiri gambar. – Gambar ISMAWEB.NET oleh Al-Amin Asri, 18 Februari 2018.

Seorang pendaki bergambar bersama permandangan matahari terbenam berlatarbelakangkan pergunungan di sekitar Kem Botak. – Gambar ISMAWEB.NET oleh Al-Amin Asri, 18 Februari 2018.


Permandangan bintang di Kem Botak pada jam 10.07 malam. Semua pendaki sudah diulit mimpi selain jurugambar. Pendakian ke puncak Gunung Tahan perlu bermula seawal jam 5.30 pagi keesokan hari. – Gambar ISMAWEB.NET oleh Al-Amin Asri, 18 Februari 2018.


Peserta ekspedisi membaca al-Ma’thurat setelah selesai solat subuh berjemaah sebaik sahaja tiba di puncak Gunung Tahan sementara menunggu matahari terbit. – Gambar ISMAWEB.NET oleh Al-Amin Asri, 19 Februari 2018.

Barisan peserta Ekspedisi Pemuda Gunung Tahan di Puncak Gunung Tahan (2187 meter / 7,175 kaki). – Gambar ISMAWEB.NET oleh Al-Amin Asri, 19 Februari 2018.


Bendera Isma berkibar berlatarbelakangkan permandangan matahari terbit di Puncak Gunung Tahan. – Gambar ISMAWEB.NET oleh Al-Amin Asri, 19 Februari 2018.


Seorang pendaki menikmati permandangan gunung-ganang semasa perjalanan turun dari puncak Gunung Tahan. – Gambar ISMAWEB.NET oleh Al-Amin Asri, 19 Februari 2018.


Seorang pendaki menikmati permandangan gunung-ganang semasa perjalanan turun dari puncak Gunung Tahan. – Gambar ISMAWEB.NET oleh Al-Amin Asri, 19 Februari 2018.


Perserta ekspedisi menikmati sarapan pagi di Kem Botak sebelum bergerak turun kembali ke Kem Kor. – Gambar ISMAWEB.NET oleh Al-Amin Asri, 19 Februari 2018.


Barisan peserta Ekspedisi Pemuda Gunung Tahan bergambar di Kem Botak sebelum bergerak turun kembali ke Kem Kor. – Gambar ISMAWEB.NET oleh Al-Amin Asri, 19 Februari 2018.


Melalui jambatan gantung di Kuala Juram menandakan pendakian telah berakhir dan bersedia untuk menaiki kenderaan pacuan 4 roda ke Taman Negara Sungai Relau. – Gambar ISMAWEB.NET oleh Al-Amin Asri, 20 Februari 2018.

Muhd Amir Aiman b Mohd Amin, 17 Tahun bersama ayahnya Mohd Amin b Abdul Rashid, 54 tahun bergambar bersama bag di Kuala Juram setelah menamatkan pendakian. Mereka merupakan peserta termuda dan tertua yang menyertai Ekspedisi Pemuda Gunung Tahan. – Gambar ISMAWEB.NET oleh Al-Amin Asri, 20 Februari 2018.


Peserta ekspedisi – Mohd Amin b Abdul Rashid, 54 tahun tersenyum puas semasa dalam perjalanan kembali ke Taman Negara Sungai Relau selepas berjaya menamatkan pendakian. Beliau telah lebih 10 kali menawan puncak Gunung Tahan melalui pelbagai trek seperti Merapoh-Merapoh, Merapoh-Kuala Tahan dan Kuala Tahan-Kuala Tahan sejak zaman beliau muda. – Gambar ISMAWEB.NET oleh Al-Amin Asri, 20 Februari 2018.


Barisan peserta Ekspedisi Pemuda Gunung Tahan – Gambar ISMAWEB.NET oleh Al-Amin Asri, 17 Februari 2018.

The post Pemuda Isma di Gunung Tahan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada ainulillia sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Pemuda Isma di Gunung Tahan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pemuda Isma di Gunung Tahan"

Back To Top