Gema Semua Maklumat

Penganggur ditahan selepas tujuh jam ragut wanita

Penganggur ditahan selepas tujuh jam ragut wanita

SIBU, 3 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Polis menahan seorang penganggur berumur 25 tahun, tujuh jam selepas dia meragut beg tangan seorang wanita di sebuah rumah di Jalan Oya, lewat petang semalam.

Lelaki itu ditahan pada 12.05 malam tadi di Jalan Tan Sri oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Sibu dan kini disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.

Sebelum itu, identiti suspek telah dikenal pasti mangsa melalui gambar rekod yang disimpan di JSJ Sibu ketika membuat laporan mengenai kejadian di Balai Polis Sentral, kata Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit.

Dalam kejadian pada 5 petang tersebut, wanita berusia 28 tahun dan bekerja sendiri itu sedang membuka pintu rumahnya sebelum didatangi suspek dari belakang dan meragut beg tangannya.

Mangsa cuba mempertahankan beg tangannya, namun terjatuh dan mengalami luka pada lutut, buku lali kiri serta calar pada tapak tangan kiri.

Suspek yang bertindak bersendirian kemudian melarikan diri dengan motosikal jenis Honda Wave tanpa nombor pendaftaran sebelum membuang barang milik mangsa di tepi Jalan Taman Rejang.

Mangsa mengalami kerugian sebanyak RM1,505.– Bernama

The post Penganggur ditahan selepas tujuh jam ragut wanita appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada sitifatimah sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Penganggur ditahan selepas tujuh jam ragut wanita
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Penganggur ditahan selepas tujuh jam ragut wanita"

Back To Top