Gema Semua Maklumat

Ribuan rakyat Palestin berkumpul di sempadan Gaza

Ribuan rakyat Palestin berkumpul di sempadan Gaza

SEMENANJUNG GAZA, 22 Jamadilawal 1439H, Khamis – Ribuan penduduk Palestin berkumpul di sempadan Gaza-Mesir hari ini, dengan harapan diberi peluang singkat ke negara itu selepas Kaherah membuka sementara pintu sempadan berkenaan.

Mesir akan membuka sempadannya dengan Semenanjung Gaza untuk tempoh beberapa kali setahun, dengan hanya mengeluarkan notis singkat.

Pembukaan sementara sempadan genting Gaza dengan Mesir itu semalam, turut dibuat tanpa sebarang pengumuman atau notis.

Israel juga masih mengekalkan sekatan ketat ke atas sempadan di Semenanjung Gaza, sehingga menyukarkan lebih 2 juta rakyat Palestin menerima rawatan dan perubatan di Mesir.

Kedutaan Palestin di Kaherah dalam satu kenyataan, mengucapkan terima kasih kepada Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi susulan pembukaan sempadan itu.

Mesir buat pertama kalinya membuka pintu sempadan dengan Gaza pada Disember lalu, selepas Hamas memberikan kawalan sempadan itu kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) dalam perjanjian damai yang dibuat pada Oktober lalu.- Agensi

The post Ribuan rakyat Palestin berkumpul di sempadan Gaza appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada tyrazalhe sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Ribuan rakyat Palestin berkumpul di sempadan Gaza
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Ribuan rakyat Palestin berkumpul di sempadan Gaza"

Back To Top