BANGI, 15 Jamadilawal 1439H, Khamis – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat pihak yang bertanggungjawab menyebarkan semula video palsu warga asing diberi kad pengenalan, sehingga tular kembali di media sosial.
Ketua Pegawai Operasi SKMM, Datuk Dr Mazlan Ismail dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya menerima aduan mengenai penyebaran video tersebut dan siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti individu terlibat.
Beliau berkata, SKMM memandang serius berhubung perkara itu, termasuk mengenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Berdasarkan akta itu, menjadi satu kesalahan bagi individu membuat dan memulakan penghantaran komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati, menganiaya mengugut atau menganggu orang lain.
“SKMM ingin mengingatkan orang ramai agar tidak berkongsi, menyebar, memuat naik, mahupun mempercayai sebarang bentuk kandungan yang belum ditentukan kesahihannya,” katanya kenyataan itu.
Video berdurasi 2 minit 38 saat itu dipercayai sebuah video lama, yang mula tular sejak 23 Januari lalu.
The post SKMM, polis siasat individu sebar semula video palsu appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di SKMM, polis siasat individu sebar semula video palsu
0 Komentar untuk "SKMM, polis siasat individu sebar semula video palsu"