Gema Semua Maklumat

Tawaran biasiswa YDP Agong boleh dimohon mulai esok

Tawaran biasiswa YDP Agong boleh dimohon mulai esok

BANGI, 20 Jamadilawal 1439H, Selasa – Bagi mereka yang berminat, permohonan penajaan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2018/2019 sudah boleh diisi secara dalam talian di http://esilav2.jpa.gov.my mulai esok hingga 2 Mac ini.

Biasiswa itu membabitkan enam tawaran untuk peringkat PhD dan enam peringkat Sarjana dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang serta Kewangan Islam.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan berkata, biasiswa ini ditawarkan khusus kepada calon yang mendapat keputusan akademik amat cemerlang iaitu CGPA sekurang-kurangnya 3.75 atau kelas pertama atau setaraf dengannya pada peringkat ijazah Sarjana Muda/ Sarjana.

Malah, calon juga perlu bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja kreatif dan inovatif.

Selain itu, keutamaan turut diberi kepada calon yang mempunyai keupayaan luar biasa seperti penguasaan pelbagai bahasa dan kebolehan istimewa.

Dalam masa sama, calon juga perlu mendapat tawaran atau sudah memulakan pengajian di universiti penyelidikan tempatan atau universiti terkemuka dunia yang dipersetujui JPA bagi sesi pengajian 2018/2019.

Program penajaan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong ini mula diperkenalkan pada 2006.

The post Tawaran biasiswa YDP Agong boleh dimohon mulai esok appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Tawaran biasiswa YDP Agong boleh dimohon mulai esok
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Tawaran biasiswa YDP Agong boleh dimohon mulai esok"

Back To Top