Gema Semua Maklumat

Tujuh dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Buloh

Tujuh dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Buloh

SUNGAI BULOH, 3 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Tujuh, termasuk dua wanita dan dua beranak dikhuatiri lemas, selepas dihanyutkan arus kuat ketika memancing berhampiran Kem Tentera Sungai Buloh di sini, kira-kira jam 5 petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, maklumat awal mengatakan terdapat sembilan pemancing dihanyutkan arus deras, tetapi ada yang berjaya menyelamatkan diri.

“Operasi mencari dan menyelamat tujuh mangsa yang hilang itu masih dijalankan,” katanya sambil memberitahu pihak bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 5.42 petang.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan S Somu pula berkata, dua daripada tiga mangsa yang selamat membuat aduan polis mengatakan mereka ke kawasan itu bersama isteri masing-masing, sebelum dihanyutkan arus deras akibat air pasang.

Seorang lelaki turut memaklumkan dua rakannya yang juga anak beranak hilang dihanyutkan arus deras, katanya.

“Pihak polis turut dimaklumkan ada pemancing warga asing di lokasi kejadian dan dikhuatiri turut dihanyutkan arus,” katanya.

The post Tujuh dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Buloh appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada RZ sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Tujuh dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Buloh
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Tujuh dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Buloh"

Back To Top