Gema Semua Maklumat

Turki pertimbang mengkasi kimia pendera kanak-kanak

Turki pertimbang mengkasi kimia pendera kanak-kanak

ANKARA, 5 Jamadilakhir 1439H, Rabu – Kerajaan Turki sedia mempertimbang untuk memperkenalkan kembali hukuman pengkasian kimia ke atas pendera kanak-kanak di negara itu.

Menteri Kehakiman, Abdulhamit Gul, ia susulan beberapa kes serangan seksual terhadap golongan itu yang telah mencetuskan kemarahan orang ramai.

“Mahkamah akan memutuskan mengenai penggunaan dan tempoh hukuman itu untuk mengehadkan atau menghapuskan kehendak seksual.

“Kami harap dapat mewujudkan hukuman ini kembali dalam masa beberapa hari lagi,” katanya.

Pada 2016, Turki pertama kalinya memperkenalkan langkah mengkasi secara kimia bagi mereka yang disabitkan dengan jenayah seks, namun, Mahkamah Tertinggi menghentikan pelaksanaannya Ogos lalu, berikutan definisi dan hadnya masih samar.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Turki, Bekir Bozdag berkata, suruhanjaya menghalang penderaan kanak-kanak akan ditubuhkan, dengan penglibatan enam menteri termasuk Gul.

Dalam kes terbaru yang mencetuskan kemarahan di negara itu, seorang lelaki 20 tahun dituduh menyerang seksual kanak-kanak berusia empat tahun di Adana.

Pendakwa menuntut hukuman penjara 66 tahun ke atas lelaki berkenaan selepas serangan di sebuah majlis perkahwinan pada 10 Februari lalu – Agensi

The post Turki pertimbang mengkasi kimia pendera kanak-kanak appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada ainulillia sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Turki pertimbang mengkasi kimia pendera kanak-kanak
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Turki pertimbang mengkasi kimia pendera kanak-kanak"

Back To Top