Gema Semua Maklumat

[VIDEO] Hujan batu landa bumi Madinah

[VIDEO] Hujan batu landa bumi Madinah

MADINAH, 9 Jamadilakhir 1439H, Jumaat – Beberapa kenderaan milik orang awam dilaporkan mengalami kerosakan akibat fenomena hujan lebat dan hujan batu di Madinah, semalam.

Menurut laporan Saudi Gazette, Jabatan Meteorologi dan Perlindungan Alam Sekitar di negara itu telah mengeluarkan amaran dan menggantung sementara aktiviti persekolahan hari ini.

Hujan berterusan sejak petang semalam turut menjejaskan beberapa kawasan lain, termasuk Makkah, Dawadmi dan Al-Baha.

Hujan lebat turut melanda kawasan Dammam dan sekitarnya, termasuk Al-Khobar, Qatif, Ras Tanura, Jubail, Khafji dan Hafr Al-Batin.

Sementara di Jeddah dan Riyadh mengalami cuaca mendung semalam, namun jurucakap Pertahanan Awam Riyadh, Muhammad Al-Hammadi meminta orang ramai mematuhi arahan keselamatan serta garis panduan yang ditetapkan.- Agensi

The post [VIDEO] Hujan batu landa bumi Madinah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada tyrazalhe sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di [VIDEO] Hujan batu landa bumi Madinah
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "[VIDEO] Hujan batu landa bumi Madinah"

Back To Top