Gema Semua Maklumat

Zionis sedia undang-undang baharu ‘halau’ rakyat Palestin dari bumi Baitulmaqdis

Zionis sedia undang-undang baharu ‘halau’ rakyat Palestin dari bumi Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 9 Jamadilakhir 1439H, Ahad – Pada 1948 pengganas Israel menggunakan kekuatan tentera untuk menghalau rakyat Palestin dari tanah air mereka, yang dikenali sebagai Peristiwa Nakba.

Kini, secara sistematik rejim pengganas Israel mahu menjadi tindakan ‘menghalau’ rakyat Palestin itu sebagai sah, bakal dilaksanakan.

Ia akan dilaksanakan menerusi satu undang-undang baharu yang memberi kuasa lebih luas kepada rejim pengganas Israel menghalang rakyat Palestin tinggal di Baitulmuqaddis Timur dan Bukit Golan, dedah seorang peguam.

Undang-undang baharu itu dicadangkan susulan cubaan lebih awal bagi menghapuskan faedah keselamatan sosial dan hak penyatuan keluarga rakyat Palestin di Baitulmaqdis.

“Kali ini mereka akan pergi kepada hak untuk tinggal,” kata Sani Khoury, seorang peguam di Baitulmaqdis.

Deraf undang-undang itu diluluskan Jawatankuasa Perundangan Parlimen Israel, yang membenarkan kerajaan menarik balik hak untuk tinggal di Baitulmaqdis bagi rakyat Palestin yang disyaki terbabit dalam keganasan, sama ada mereka telah disabitkan dengan jenayah atau tidak.

Sani Khoury berkata, ahli Parlimen rejim Zionis kini sedang berlumba-lumba untuk menjadi juara kepada undang-undang paling rasis terhadap rakyat Palestin.

Pelaksanaan undang-undang baharu itu dilihat sebagai usaha rejim pengganas Israel untuk ‘menghalau’ rakyat Palestin dan menduduki sepenuhnya tanah suci itu, selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Malah, dalam usaha menguasai Baitulmaqdis yang turut menempatkan Masjid Al-Aqsa, rejim pengganas Israel meluluskan pembinaan ribuan unit rumah baharu di Baitulmaqdis Timur.

Rejim Zionis menceroboh dan menduduki Baitulmaqdis Timur pada 1967 dan Bukit Golan sejak 1980. Rakyat Palestin dibenar tinggal di situ dengan syarat mematuhi peraturan pentadbiran rejim pengganas Israel.

Pakar perundangan antarabangsa yang juga tinggal di Baitulmaqdis, Hanna Issa pula berkata, rakyat Palestin dengan taraf penduduk tetap, tidak boleh kehilangan hak untuk tinggal di Baitulmaqdis.

“Tetapi jika mereka berada di luar Baitulmaqdis selama tujuh tahun, atau jika mereka mendapat taraf penduduk di tempat lain, hak mereka akan dimansuhkan.

“Walaupun, mereka tinggal di kawasan berdekatan, termasuk Ramallah, mereka dianggap tidak tinggal di Baitulmaqdis,” katanya.

Pertubuhan hak asasi manusia di Israel mencatatkan hampir 15,000 rakyat Palestin hilang hak menduduki bumi Baitulmaqdis.

Undang-undang baharu itu juga dilihat sebagai usaha menggagalkan percubaan empat rakyat Palestin dari Baitulmaqdis yang telah dibuang negeri. Mahkamah rayuan Israel sebelum ini memutuskan tindakan ke atas empat rakyat Palestin itu tidak sah.

Sebelum ini, bekas Menteri Hal Ehawal Baitulmaqdis, Khaled Abu Arafeh, dan tiga wakil rakyat Palestin, Ahmad Ottwan, Mohammed Totah dan Mohammad Abu Tier, diharam memasuki Baitulmaqdis sejak 2006.

Tuduhan ke atas mereka ialah mengambil bahagian dalam pilihan raya bagi pihak Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) dan dianggap tidak setia kepada Israel. – Agensi

The post Zionis sedia undang-undang baharu ‘halau’ rakyat Palestin dari bumi Baitulmaqdis appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada RZ sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Zionis sedia undang-undang baharu ‘halau’ rakyat Palestin dari bumi Baitulmaqdis
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Zionis sedia undang-undang baharu ‘halau’ rakyat Palestin dari bumi Baitulmaqdis"

Back To Top