Gema Semua Maklumat

CORAT CORIT PRU 14-CALON MUDA

CORAT CORIT PRU 14-CALON MUDA -
Pengumuman calon-calon yang bakal berentap mewakili PAS di negeri Terengganu, Selangor, Kedah, Perak dan Perlis dapat disaksikan secara live semalam. Kelihatan Pas membuat langkah berani terutamanya di Terengganu dan Selangor kerana menampilkan wajah-wajah baru dalam pilihanraya. Mereka itu ada generasi muda yang membawa roh dan aspirasi golongan muda. Para pengundi muda juga akan lebih cerah mata melihat rakan-rakan dan pemuda yang hampir sebaya mereka berentap sebagai calon berbanding melihat orang tua yang uzur dan membosankan. Ini satu kelebihan yang PAS tampilkan dan perlu diakui.

Saya tidak membuat analisa berapa pratus orang muda yang menjadi calon kali ini, namunia cukup memberangksangkan. Ia satu perubahan dalam rencah politik. Orang yang tidak lagi dilihat sebagai "dinousor politik"  dapat mengubah persepsi pengundi.  Lebih penting darpada itu, calon-calon yang diampilkan berkelulusan tinggi dan orangc erdik dalam pelajaran. Cuma ada beberapa tempat yang kelihatannya masih mengekalkan wajah lama dan memilih calon bukan berdasarkan pencapaian ilmu dan akedemik. Pokok Sena  misalnya, pemilihan Radhi Mat Din dibuat atas dasar beliau sebagai legenda bolasepak yang popular satu masa dulu. 

Seorang teman meluahkan, aksi politik bukan seperti aksi pemain bola sepak di stadium. Tidak sesuai seornag pemain bola sepak dihantar ke Parlimen untuk membahaskan isu-isu rakyat. Seorang ahli parlimen perlu seorang yang cakna masalah rakyat, petah berbahas, cekap memahami isu dan dapat membuat R&D terhadap isu-isu yang bakal dibahaskan dengan cepat dan tepat. Sebaiknya orang-orang yang ada ijazah, master dan PHD diutamakan kerana mereka inilah yang memiliki kemahiran tersebut.

Keberanian PAS menampilkan wajah-wajah baru barangkali berkat perpecahan yang dialaminya. Ramai muka lama terkeluar dan menubuhkan Amanah. Yang keluar PAS dan kini berada dalam Amanah, kemungkinan besar masih akan beraksi sebagai calon. Wajah-wajah lama ini tentu memberi kesan kurang menarik dalam Pakatan Harapan.  Jika hal ini tidak sanggup dikorbankan oleh mereka yang berada dalam Pakatan Harapan, Pakatan Harapan akan jadi parti yang mandul dan disisihkan.

Sementara UMNO, amat sukar untuk membuat anjakan muka lama ke muka baru. Sementelahan masalah BN adalah masalah liabiliti pemimpin utamanya yang sarat dengan isu yang terungkai. Penampilan muka baru yang ramai sekalipun belum tentu dapat menukar wajah gelap yang sedang berselubung.

Apapun, politik adalah sebuah seni berlumba menampilkan persepsi. Masing-masing berbuatlah sesuai dengan kepandaian. 

Saya percaya, siapa bijak berpencak, dia akan bangkit tegak. Siapa yang yang ragu-ragu dan enggan berganjak, tidak akan membiak.


Credit kepada sumber asal Artikel di CORAT CORIT PRU 14-CALON MUDA
Tag : agama
0 Komentar untuk "CORAT CORIT PRU 14-CALON MUDA"

Back To Top