Gema Semua Maklumat

Hari ini dalam Sejarah

Hari ini dalam Sejarah -
Catatan ini aku namakan...
Hari ini dalam sejarah
Tanggal 5 April 2018, bagi mengenang peristiwa, hanya aku dan mereka yang ada pada hari itu di sebuah Sekolah bernama Sungai Seluang sahaja yang mengerti dan memahaminya.
 
Ia menjadi peristiwa bersejarah, walaupun sejarahnya tidak sebesar Tragedi di Medan Rab'ah Mesir. Atau sekurang-kurangnya seperti tumbangnya sebuah kerajaan yang memerintah Kedah.


Bulat air kerana pembentung
bulat guru kerana muwafakat
Kita mengadu nasib dan untung
Mencari jalan melaksana hajat.


Menggendong hajat ke Sungai Petani
Demi sahabat sederap langkah
Jika ada kehendak Ilahi
Rancangan manusia tersungkur rebah.

Biar jadi kenangan bersejarah
Bahawa kita pernah sepakat.
Setelah berusaha kita berserah
Sambil berdoa memohon inayat.

Kita bukan orang gasar
merempuh pagar menyongsang susila
Kita mengambil jalan sabar
tidak terpaku tetapi berusaha.

Sekian
Ust Kama.


Credit kepada sumber asal Artikel di Hari ini dalam Sejarah
Tag : agama
0 Komentar untuk "Hari ini dalam Sejarah"

Back To Top