Gema Semua Maklumat

MOGA KITA TIDAK DIAIBKAN SELEPAS MATI

MOGA KITA TIDAK DIAIBKAN SELEPAS MATI -
Kadang-kadang, ada orang masa hidup kejahatannyadapat disembunyikan. Orang tak tahu sampai dia mati. Dia mati pun, orang masih puji dan puja. Orang tak tahu dia sebenarnya jahat dan tercela. Itu rahmat Allah buatnya di dunia. Bila aib sendiri tidak terburai, itu tanda Allah beri rahmat kepadanya di dunia. di akhirat , wallau A'lam. Boleh jadi Allah akan hukum dia dan dedahkan keaibannya di depan khalayak mahsyar. Mungkin juga, pada hari itu Allah mafkan dia. Itu hak Allah sebagai Tuhan yang bernama Sattar dan juga Muntaqim.

Ada pula orang masa hidupnya dia dapat tutup kebatannya. Orang tak tahu dan dia berjaya melepasi celaan orang. Ada pemimpin khianat. Ada isteri curang. Ada kawan  tidak amanah. Maca-macamlah jenis kejahatan yang disembunyikan. Tiba-tiba dia mati. Lepas mati, kejahatannya terburai. Orang pun tahu, rupanya si mati itu bukan orang baik. Diapun dipandang hina dan jelek. Allah tidak pelihara maruanya lagi. Maruahnya yang dulu harum, bertukar jadi hapak membusuk. Itu rahsia Allah. kenapa Allah buat begitu, hanya Dia yang maha tahu. Kita perlu yakin bahawa Allah ada hikmahnya.

Ada lagi orang masa hidupnya di pandang hina. Bila mati baru orang tahu kemuliaannya. Ini jenis orang yang mendapat keuntungan nama baik selepas mati. Orang puji dirinya dan sanjung namanya. Namanya ditulis sebagai Seniman, pejuang, dan sebagainya.

Sungguh berliku-liku ragam hidup manusia. Setiap orang melukis hidupnya sendiri dan apa yang akan berlaku telah tercatat sejak azali. namun, setiap orang perlu sedar dan yakin satu hakikat. Siapa menanam lalang, jarang sekali padi yang tumbuh. Al-Quran juga , dalam surah Zalzalah, ayat 7-8, Allah menegaskan :

" Dan sesiapa yang membuat amal baik sebesar zarah, dia akan lihat hasilnya. Sebaliknya sesiapa yang buat amal jahat sebesar zarah, dia juga akan melihat hasilnya".


Credit kepada sumber asal Artikel di MOGA KITA TIDAK DIAIBKAN SELEPAS MATI
Tag : agama
0 Komentar untuk "MOGA KITA TIDAK DIAIBKAN SELEPAS MATI"

Back To Top