KUCHING, 4 Syaaban 1438H, Isnin – Dua pelajar Malaysia muncul pemenang pingat emas dalam Pertandingan Matematik Dunia (WMC2017) yang berlangsung di Manila, Filipina baru-baru ini.
Salah seorangnya, Jad Haris Sabaruddin merupakan pelajar tahun enam dari Maahad Tahfiz Tun Abdul Rahman Yakub, menang pingat emas dalam Level 4.
Manakala Najmi Asyraf Abdul Halim pula adalah pelajar tahun emapat dari Sekolah Kebangsaan Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hasan, menang untuk Level 2.
Pertandingan ini terbuka kepada negara-negara yang menjalankan pembelajaran Kaedah Matematik Sakamoto dari Jepun.
Mengikutt peraturan, satu-satunya Pusat Pembelajaran Sakamoto yang ada di negara ini terletak di bandar raya Kuching.
Seramai 25 kanak-kanak dan remaja dari negeri ini telah dipilih mewakili Malaysia ke pertandingan ini.
Pemenang lain dari Malaysia yang memenangi perak ialah Airiz Danish (Level 2), Dhania Aniesa Fazzrudin (Level 3), Mia Adriana Muhammad Abu Zaid (Level 3) dan Nasrul Haq Zairon (Level 4).
Manakala pemenang gangsa ialah Aqil Shahiran Mohamad Romi (Level 1), Myra Nisrene Mohd Norazman (Level 1), Muhammad Haris Amzah (Level 1), Faeez Zindanie Mohamad Zakie (Level 1), dan Muhammad Amirul Asyraf Abdullah (Level 1).
The post Pelajar maahad tahfiz dinobat Juara Matematik Dunia appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber asal dan Bacaan Sepanjutnya di Artikel Portal Islam dan Melayu selanjutnya di Pelajar maahad tahfiz dinobat Juara Matematik Dunia
0 Komentar untuk "Pelajar maahad tahfiz dinobat Juara Matematik Dunia"