MANILA, 4 Syaaban 1438H, Isnin – Ketua Tentera Marin Filipina, Jeneral Eduardo Ano mengesahkan pihaknya telah menembak mati seorang pengganas Abu Sayyaf yang paling dikehendaki, Al Habsi Misaya.
Sumber perisikan berkata, Al Habsi ditembak ketika menunggang motosikal dengan seorang lagi anggota Abu Sayyaf, Barak Sahibul bin sub-komander Hatib Ummal Sahibul, di Pulau Jolo.
Difahamkan, mereka ditembak selepas melarikan diri dalam operasi marin di kawasan Silang di Parang di pulau itu.
Al Habsi adalah antara empat komander Abu Sayyaf yang mengarahkan aktiviti penculikan besar-besaran di Sabah dan sempadan laut selatan Filipina.
“Kebanyakan pemimpin utama mereka dibunuh atau ditangkap sejak beberapa bulan lalu dalam operasi ketenteraan.
“Mereka perlu dihapuskan dalam operasi susulan di selatan Filipina,” kata sumber itu.
Dimaklumkan, tiga lagi rakannya yang masih dalam pelarian adalah Sarip Mura, bersama dengan Radulan Sahiron dan Hatib Sawadjaan. -Agensi
The post Tentera Filipina tembak mati pengganas Abu Sayyaf appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber asal dan Bacaan Sepanjutnya di Artikel Portal Islam dan Melayu selanjutnya di Tentera Filipina tembak mati pengganas Abu Sayyaf
0 Komentar untuk "Tentera Filipina tembak mati pengganas Abu Sayyaf "