KOTA SARANG SEMUT, 4 Syaaban 1438H, Isnin – Muktamar Tahunan PAS Ke-63 di sini meluluskan empat usul, termasuk memutuskan hubungan dengan PKR.
Usul lain yang diluluskan ialah mengenai pembebasan Baitul Maqdis; Felda dan Tabung Haji. Manakala, satu usul yang berkaitan pemerkasaan parti itu ditolak.
Menjelaskan mengenai tahaluf siyasi dengan PKR, wakil Dewan Ulama PAS, Zulkifli Ismail berkata, ketetapan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS iaitu tahaluf mestilah dijalankan sebagai wasilah untuk menegakkan Islam, memperkukuhkan kedudukan umat Islam serta membuka ruang untuk pelaksanaan Islam.
Katanya, majlis itu juga menetapkan supaya tahaluf hendaklah mempertahan dasar-dasar Islam; intima diberi kepada kepimpinan gerakan Islam, bukan kepada pakatan tahaluf; menjadi ruang untuk berdakwah; matlamat kemenangan Islam tidak boleh menghalalkan tahaluf secara mutlak dan mandat membuat penilaian tahaluf mestilah dibuat oleh Majlis Syura Ulama.
Beliau berkata, PKR sepanjang tempoh tahaluf siyasi itu telah banyak melanggar syarat, termasuk menyokong calon PAN menentang PAS ada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
“PKR juga gagal memberi sokongan kepada usaha PAS untuk memperkasa Mahkamah Syariah melalui pindaan Akta 355, malah dilihat bersama DAP menentang pindaan itu,” katanya.
Zulkifli berkata, hubungan itu semakin keruh selepas pemimpin PKR membuat kenyataan terbuka menunjukkan keceluparan dan kebiadapan mereka menyerang PAS.
Bagamanapun, katanya, keputusan tahaluf siyasi bersama PKR itu akan diputuskan oleh Majlis Syura Ulama.
The post Tahaluf siyasi antara empat usul diluluskan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber asal dan Bacaan Sepanjutnya di Artikel Portal Islam dan Melayu selanjutnya di Tahaluf siyasi antara empat usul diluluskan
0 Komentar untuk "Tahaluf siyasi antara empat usul diluluskan"