Gema Semua Maklumat

Waspada, wujud perkhidmatan doktor gigi palsu

Waspada, wujud perkhidmatan doktor gigi palsu

 

KUALA LUMPUR, 4 Syaaban 1438H, Isnin – Ramai pesakit didakwa mengalami kesan dan komplikasi serius selepas mendapatkan perkhidmatan pergigian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkaa itu berlaku berikutan wujudnya perkhidmatan haram membabitkan doktor gigi palsu.

Katanya, pihaknya kini bimbang dengan wujudnya pergigian haram yang semakin berleluasa ini, puncanya kerana kurang kesedaran di kalangan orang ramai.

Memetik Sin Chew Daily Dr Noor Hisham berkata, ramai pesakit yang mendapat perkhidmatan haram itu mengadu mendakwa rawatan berkenaan menyebabkan mereka mengalami kesan dan komplikasi serius.

Katanya, antara rawatan perkhidmatan haram itu adalah mencabut gigi, membuat gigi palsu, ortodontik, penskaleran dan penggilapan gigi (cuci gigi) dan “whitening strips”.

Jelas beliau, pesakit yang mendapat perkhidmatan pergigian haram boleh mengalami kesakitan dan jangkitan seperti ulser mulut, gigi longgar atau rosak, gusi bengkak dan bernanah, selain berisiko dijangkiti AIDS dan hepatitis, jika peralatan yang digunakan tidak disteril dengan baik.

“Kementerian Kesihatan kesal kerana orang ramai kurang kesedaran, tidak tahu orang yang menyediakan perkhidmatan pergigian itu tidak diiktiraf,” katanya.

Setakat ini beliau berkata, sebanyak 46 aduan rawatan pergigian haram diterima Kementerian Kesihatan, iaitu 10 kes pada 2015, 28 kes pada 2016 dan 8 kes setakat Mac tahun ini.

The post Waspada, wujud perkhidmatan doktor gigi palsu appeared first on Portal Islam dan Melayu.



Sumber asal dan Bacaan Sepanjutnya di Artikel Portal Islam dan Melayu selanjutnya di Waspada, wujud perkhidmatan doktor gigi palsu
Tag : agama
0 Komentar untuk "Waspada, wujud perkhidmatan doktor gigi palsu"

Back To Top