BANGI, 4 Syaaban 1438H, Isnin – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan pihaknya meluluskan konsert penyanyi dari Amerika, Selena Gomez di Shah Alam tahun lepas.
Ketua Pengarahnya, berkata, kelulusan persembahan untuk konsert seperti itu tidak terletak di bawah bidang kuasanya.
“Tuduhan seperti ini boleh menjejaskan reputasi dan kredibiliti Jakim sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan di Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali semalam yang mendakwa tidak wajar beliau dikritik kerana konsert tersebut telah mendapat kelulusan Jakim.
Tan Sri Othman berkata, pihaknya meminta kepada sesiapa untuk menyemak terlebih dahulu, sebelum mengeluarkan kenyataan
“Saya memohon kerjasama beberapa pihak untuk membuat rujukan dengan kami terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan berkaitan Jakim,” katanya.
Ia susulan daripada ucapan perwakilan Pemuda PAS Shah Alam Aubidullah Fahim Ibrahim yang berkata, PKR tidak melakukan sebarang tindakan untuk menentang konsert itu yang telah diadakan pada 25 Julai tahun lepas di Shah Alam, kawasan yang majoriti penduduknya beragama Islam.
The post Jakim nafi lulus konsert Selena Gomez appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber asal dan Bacaan Sepanjutnya di Artikel Portal Islam dan Melayu selanjutnya di Jakim nafi lulus konsert Selena Gomez
0 Komentar untuk "Jakim nafi lulus konsert Selena Gomez"