KOTA BHARU, 18 Syaaban 1438H, Isnin – Seramai 25 pelajar dari Kelantan menerima biasiswa penuh yang disediakan kerajaan Arab Saudi untuk menyambung pengajian peringkat sarjana muda di Universiti Islam Madinah (UIM) bermula tahun ini.
Rektor UIM, Dr. Hateem Hasan AlMarzuki berkata, selain kos pengajian yang ditanggung sepenuhnya, pihaknya juga menyediakan kemudahan asrama dan makanan percuma serta elaun bulanan dengan jumlah keseluruhan RM100,000 setiap pelajar.
“Kami pada awalnya merancang untuk memberi biasiswa kepada 10 pelajar sahaja tetapi sambutan dan layanan yang baik sepanjang berada di sini menyebabkan kami menambah kepada 25 tempat.
“Kami menganggap semua pelajar Islam yang datang dari seluruh dunia sebagai anak-anak kami sendiri.
“Sejak UIM diasaskan pada 1961, lebih 600 pelajar dari Malaysia berjaya bergraduasi dan ketika ini seramai 250 pelajar Malaysia sedang mengikuti pengajian di sini,” katanyakepada pemberita selepas majlis menandatangani kerjasama akademik antara kerajaaan negeri Kelantan dengan UIM di sebuah hotel di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Duta Arab Saudi ke Malaysia, Mahmud Husin Qattan.
The post 25 pelajar dari Kelantan terima biasiswa kerajaan Arab Saudi appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 25 pelajar dari Kelantan terima biasiswa kerajaan Arab Saudi
0 Komentar untuk "25 pelajar dari Kelantan terima biasiswa kerajaan Arab Saudi"