KUALA LUMPUR, 18 Syaaban 1438H, Isnin – Rapid KL hari ini memulakan perkhidmatan bas perantara khas di tiga laluan bagi menyokong operasi monorel semasa waktu puncak.
Prasarana Malaysia Bhd berkata perkhidmatan bas berkenaan, yang bermula seawal 7 pagi, melibatkan stesen monorel KL Sentral dan Raja Chulan, stesen Hang Tuah dan Raja Chulan serta stesen Chow Kit dan Raja Chulan.
Tambang nominal RM1 dikenakan kecuali di stesen integrasi Hang Tuah untuk penumpang yang menggunakan perkhidmatan LRT laluan Ampang/Sri Petaling, kata Prasarana dalam kenyataan di sini, hari ini.
Perkhidmatan bas itu diadakan berikutan pemeriksaan keselamatan terhadap tren empat gerabak, yang menggunakan tren dua gerabak sejak Jumaat lepas.
Selain bas perantara khas, penumpang boleh menggunakan perkhidmatan bas percuma Go KL khususnya laluan biru Go KL di antara Chow Kit dan Bukit Bintang serta Go KL laluan hijau di antara KLCC dan Bukit Nanas. – Bernama
The post Bas perantara khas monorel beroperasi mulai hari ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Bas perantara khas monorel beroperasi mulai hari ini
0 Komentar untuk "Bas perantara khas monorel beroperasi mulai hari ini"