Gema Semua Maklumat

26 maut, 25 cedera lelaki bersenjata serang bas di Mesir

26 maut, 25 cedera lelaki bersenjata serang bas di Mesir

KAHERAH, 29 Syaaban 1438H, Jumaat – Sekurang-kurangnya 26 penganut Kristian Koptik maut, manakala 25 lagi dilaporkan cedera selepas bas yang membawa mereka diserang sekumpulan lelaki bersenjata di tengah Mesir, hari ini.

Mereka dalam perjalanan dari wilayah Minya ke gereja St Samuel, 135 kilometer di selatan Kaherah, ketika diserang berdekatan balai polis Adwa di sempadan antara Minya dan Beni Suef.

Tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu. Bagaimanapun, militan IS dilaporkan sering menyasarkan Kristian Koptik sejak beberapa bulan lalu.

Dua pengeboman bunuh diri dilakukan di gereja Palm Sunday di Alexandria dan Tanta pada 9 April lalu mengorbankan 46 orang.

Satu lagi serangan bunuh diri berlaku di sebuah gereja pada Disember lalu membunuh 29 orang, manakala komuniti Kristian meninggalkan bandar el-Arish di utara Semenanjung Sinai selepas beberapa siri serangan pada Februari lalu.

Dalam kejadian hari ini, bas yang menyertai satu konvoi kecil membawa penganut Kristian Koptik itu berhenti di tepi jalan padang pasir berhampiran balai polis Adwa, sempadan antara Minya dan wilayah Beni Suef.

Di antara lapan hingga 10 lelaki bersenjata automatik memakai pakaian tentera menembak ke arah konvoi terbabit, sebelum melarikan diri dengan kenderaan pacuan empat roda, kata saksi.

Laporan menyebut antara mangsa itu termasuk kanak-kanak. – Agensi

The post 26 maut, 25 cedera lelaki bersenjata serang bas di Mesir appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 26 maut, 25 cedera lelaki bersenjata serang bas di Mesir
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "26 maut, 25 cedera lelaki bersenjata serang bas di Mesir"

Back To Top