BANGI, 16 Syaaban 1438H, Sabtu – Seramai 3.8 juta atau 21.1 peratus rakyat negara ini yang layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pengundi.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, sehingga suku keempat 2016, hanya 14.2 juta mendaftar berbanding 18 juta jumlah keseluruhan warganegara yang layak mendaftar.
Bercakap kepada media selepas satu majlis di UKM semalam, Hashim berkata, kesedaran juga masih kurang di kalangan pelajar universiti apabila purata 5,000 pelajar berusia 21 tahun, hanya 2,000 atau 40 peratus sahaja yang mendaftar.
“Angka 3.8 juta tersebut adalah agak besar dan jika mereka tidak dapat mendaftar, mereka tidak dapat mengundi dalam pilihan raya nanti,” katanya.
Sementara itu Hashim berkata pihaknya sentiasa bersedia untuk mengendalikan proses Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sekiranya diadakan pada bila-bila masa.
The post 3.8 juta rakyat belum daftar undi appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 3.8 juta rakyat belum daftar undi
0 Komentar untuk "3.8 juta rakyat belum daftar undi"