GEORGETOWN, 16 Syaaban 1438H, Sabtu – Pusat Zakat Pulau Pinang mungkin akan membuat rombakan berikutan penahanan 12 individu temasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) dan tiga pegawai lain berhubung kes penyelewengan.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dalam negeri, Datuk Abdul Malik Kasim.
“Kemungkinan tindakan disiplin, pengauditan dokumen-dokumen tertentu atau rombakan dilakukan,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata sebarang tindakan hanya boleh diambil selepas siasatan berhubung kes itu selesai.
Turut ditahan lapan kontraktor berusia antara 41 dan 52 tahun yang dipercayai sering menerima projek atau tender daripada pegawai-pegawai ZPP yang ditahan itu.
Bercakap lanjut, Abdul Malik berkata, Lembaga Pengarah ZPP dalam mesyuaratnya pada Khamis lalu memutuskan bahawa proses sumbangan zakat akan diteruskan seperti biasa.
“Ramadan adalah bulan yang sibuk dan ZPP akan memastikan proses berjalan lancar,” katanya kepada pemberita, semalam.
The post Seleweng wang zakat: ZPP mungkin buat rombakan selepas siasatan selesai appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Seleweng wang zakat: ZPP mungkin buat rombakan selepas siasatan selesai
0 Komentar untuk "Seleweng wang zakat: ZPP mungkin buat rombakan selepas siasatan selesai"