Gema Semua Maklumat

40 pegawai kastam dibuang kerja setiap tahun terlibat rasuah

40 pegawai kastam dibuang kerja setiap tahun terlibat rasuah

KUALA LUMPUR, 26 Syaaban 1438H, Selasa – Sekurang-kurangnya 40 pegawai kastam dibuang kerja setiap tahun akibat terbabit dalam gejala rasuah.

Angka itu didedahkan Ketua Pengarah Kastam, Datuk T Subromaniam dengan menegaskan pihaknya komited mengambil tindakan tegas terhadap pegawai yang didapati bersalah menerima suapan.

“Selepas dilantik ketua pengarah, saya telah mengemaskinikan pengurusan Jabatan Kastam terutama dalam usaha membanteras gejala rasuah dan penyelewengan.  Saya mengakui terdapat kelemahan dari segi proses penguatkuasaan dalam Jabatan Kastam. 

“Bagaimana pun, saya akan cuba meneliti sistem dan proses ini agar dapat mengesan mana-mana pegawai yang cuba mengambil kesempatan menerima rasuah dan mana-mana individu yang cuba melakukan aktiviti penyeludupan,” katanya dipetik Oriental Daily. 

Beliau berkata, disebabkan segelintir yang terlibar rasuah, akhirnya memberi kesan besar kepada agensi kastam. 

Bagi mengatasi masalah ini, pihaknya sentiasa melakukan perubahan tempat bertugas terhadap seseorang pegawai setiap tahun.

“Kami tidak akan membiarkan seseorang pegawai berada di sesuatu lokasi yang sama untuk tempoh yang panjang. Sekiranya beliau ditugaskan selama 10 tahun di lokasi yang sama, beliau tentu akan rasa terlalu selesa di situ,” katanya. 

The post 40 pegawai kastam dibuang kerja setiap tahun terlibat rasuah appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 40 pegawai kastam dibuang kerja setiap tahun terlibat rasuah
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "40 pegawai kastam dibuang kerja setiap tahun terlibat rasuah"

Back To Top