RIYADH, 7 Syaaban 1438H, Khamis – Abang Raja Salman, Putera Mishaal Abdulaziz Al Saud, 93, telah menghembuskan nafas terakhirnya, umum Istana Arab Saudi hari ini.
Menurut agensi berita Saudi Press, pihak istana dalam kenyataan disiarkan berkata, pengebumian akan diadakan di Makkah.
“Solat jenazah akan dilakukan di masjid suci di Makkah setelah solat Isyak,” lapor Saudi Press memetik kenyataan pihak kerajaan tanpa menyatakan punca abang Raja Saudi itu meninggal dunia.
Putera Mishaal adalah ketua Majlis Kesetiaan yang ditubuhkan bagi mengendalikan proses penggantian raja di negara itu.
Majlis itu dianggotai anak lelaki dan cucu pengasas Arab Saudi, iaitu Allahyarham Raja Abdulaziz, yang mengundi secara rahsia untuk memilih raja dan putera mahkota dalam kalangan mereka.
Takhta sistem beraja Arab Saudi diwarisi anak lelaki Raja Abdulaziz sejak berdekad yang lalu.
Sementara itu, Putera Mishaal pernah berkhidmat dua kali sebagai Menteri Pertahanan iaitu pada akhir 1950-an dan awal 1960-an. – Agensi
The post Abang Raja Salman meninggal dunia di usia 93 appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Abang Raja Salman meninggal dunia di usia 93
0 Komentar untuk "Abang Raja Salman meninggal dunia di usia 93"