PUTRAJAYA, 9 Syaaban 1438H, Khamis – Polis sedang menjalani siasatan terhadap Skim JJ Poor To Rich (JJPTR) serta individu-individu yang terlibat.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin meminta orang ramai supaya tidak terpengaruh kali kedua dengan tawaran baharu dari JJPTR.
“Sila berwaspada terhadap sebarang tawaran daripada mereka. Jika syarikat itu telah menipu anda sebelum ini dan masih mempercayai dengan tawaran baharu mereka, ia terpulang kepada anda.
“Tetapi nasihat saya – jangan terpengaruh,” kata Hamzah dalam sidang media pada Rabu.
Katanya, kesalahan berkaitan skim pelaburan, skim kepentingan serta jualan langsung telah dimasukkan ke dalam jadual pertama AMLATFAPUAA 2001 sebagai kesalahan predikat (kesalahan berat) dan siasatan akan dibuka di bawah akta berkaitan dan AMLATFAPUAA 2001.
“Di peringkat nasional, Bank Negara telah menubuhkan jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan bertujuan menyelaras aktiviti penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFAPUAA 2001),” katanya.
Skim pelaburan baharu yang ditawarkan oleh JJPTR adalah hasil pulangan sebanyak 35 peratus sebulan.
Sebelum ini skim tersebut telah menawrkan pulangan sebanyak 20 peratus dan timbul kontroversi apabila sejumlah wang RM500 juta dari akaun sebuah syarikat telah hilang.
Syarikat terbabit mendakwa, wang tersebut hilang kerana akaun mereka telah diceroboh.
The post Jangan terpedaya dengan Skim JJ Poor To Rich (JJPTR) appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Jangan terpedaya dengan Skim JJ Poor To Rich (JJPTR)
0 Komentar untuk "Jangan terpedaya dengan Skim JJ Poor To Rich (JJPTR)"