Gema Semua Maklumat

Arab Saudi kategorikan pemimpin Hezbollah sebagai pengganas

Arab Saudi kategorikan pemimpin Hezbollah sebagai pengganas

Hashim Safi al-Din

RIYADH, 23 Syaaban 1438H, Sabtu – Arab Saudi hari ini mengkategorikan warga Lubnan yang juga pemimpin Majlis Eksekutif militan Hezbollah, Hashim Safi al-Din, sebagai pengganas.

Serentak itu, Arab Saudi meletakkan nama Hashim yang juga pemimpin kanan parti dan saudara kepada Setiausaha Agung Hezbollah, Sayyed Hasan, dalam senarai pengganas.

Hashim dilahirkan pada 1964 di Deir Qanoun di selatan Lubnan. Sebagai Pengerusi Eksekutif Majlis Syura, dia mengetuai militan Hezbollah.

Menurut kenyataan kerajaan Arab Saudi, langkah itu diambil berikutan pembabitkannya dalam operasi dikenali sebagai ‘Lebanese Hezbollah’ di Timur Tengah dan memberi nasihat kepada operasi pengganas yang menyokong rejim Bashar Al Assad, di Syria.

Arab Saudi juga akan terus berdepan dengan aktiviti pengganas Hizbullah, dan menanganinya melalui semua cara yang ada.

“Hezbollah sentiasa menyebarkan huru-hara dan ketidakstabilan, melancarkan serangan pengganas, terlibat dalam aktiviti jenayah dan menyalahi undang-undang di seluruh dunia. Arab Saudi akan terus mengklasifikasikan aktivis Hezbollah, pemimpin dan entiti dan mengenakan sekatan ke atas mereka,” lapor Saudi Press Agensy.

Kenyataan juga menyebut Hashim dikategori sebagai pengganas berikutan jenayah keganasan dilakukannya

Apa-apa aset milik pengganas ini akan dibekukan, mengikut peraturan kerajaan Arab Saudi, manakala rakyat Arab Saudi dilarang daripada berurusan dengan mereka. – Agensi

The post Arab Saudi kategorikan pemimpin Hezbollah sebagai pengganas appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Arab Saudi kategorikan pemimpin Hezbollah sebagai pengganas
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Arab Saudi kategorikan pemimpin Hezbollah sebagai pengganas"

Back To Top