KUALA LUMPUR, 23 Syaaban 1438H, Sabtu – Sebuah parti politik baharu dengan nama Parti Harapan Malaysia (PHM) akan ditubuhkan tidak lama lagi.
Bekas Pengerusi Kelab Akar Umbi PKR Malaysia, Johari Musa berkata, beliau mengharapkan parti itu dapat menggantikan PKR dalam arena politik negara.
Pada masa sama, beliau menegaskan, penubuhan PHM adalah berlandaskan perjuangan politik dan amalan demokrasi yang tulen.
Bagaimanapun, katanya, PHM kini masih menunggu kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk diisytiharkan sebagai sebuah parti politik baharu.
“Penubuhan PHM adalah jelas untuk memperjuangkan amalan politik serta demokrasi tulen yang diingini oleh kebanyakan ahli PKR kerana mereka merasakan parti tersebut tidak lagi berada pada landasan yang sepatutnya,” katanya dalam sidang akhbar mengenai PHM, di sini hari ini.
The post Satu lagi parti baharu akan ditubuh, bawa cita-cita ganti PKR appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Satu lagi parti baharu akan ditubuh, bawa cita-cita ganti PKR
0 Komentar untuk "Satu lagi parti baharu akan ditubuh, bawa cita-cita ganti PKR"