Gema Semua Maklumat

Armada kesal pelajar UiTM diarah sertai ulang tahun UMNO

Armada kesal pelajar UiTM diarah sertai ulang tahun UMNO

BANGI, 15 Syaaban 1438H, Jumaat – Sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) – Armada – menggesa pihak pengurusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) bertanggungjawab dan memberi penjelasan mengenai surat sebaran mengarahkan pelajar universiti berkenaan, menghadiri majlis sambutan ulang tahun UMNO ke-71 di Stadium Bukit Jalil, malam tadi.

Exco Mahasiswa dan Pendidikan Armada, Abdul Hannaan Khairy berkata, sesungguhnya arahan itu adalah tindakan terdesak oleh sesetengah pihak kerana UMNO tidak lagi menjadi aspirasi dalam jiwa anak muda sekarang.

Sambil menunjukkan salinan surat berkaitan, beliau berkata, pihak pengurusan harus menjawab perkara ini kerana UiTM bukan kilang UMNO, sebaliknya sebuah menara gading untuk Bumiputera menuntut ilmu, seterusnya menyumbang khidmat bakti kepada negara.

Surat itu ditandatangani oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM, Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said, ditujukan kepada Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Ir Dr Haji Suhaimi Abd Talib, yang meminta pengecualian kuliah bagi pembabitan pelajar dalam program kesukarelawan UiTM di Stadium Nasional Bukit Jalil, mulai 8 Mei hingga 11 Mei. Surat berkenaan bertarikh 5 Mei lalu.

“Saya amat kecewa sekiranya salinan surat yang dihantar kepada saya ini adalah benar. Malah, lebih kecewa lagi dengan penyertaan Universiti Awam dalam program politik seperti yang kita sedia maklum Sambutan Ulang Tahun UMNO ke 71.

“Teringat saya satu ketika dahulu semasa Majlis Pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia, saya ada keluarkan satu poster individu menjemput rakan-rakan mahasiswa hadir bersama.Namun begitu, sebaran ini dibuat hanya di media sosial tanpa melalui mana-mana universiti.

“Ada pihak yag tidak bertanggungjawab telah mengedit poster saya dengan meletakkan logo-logo UA di seluruh Malaysia yang membuatkan saya dipanggil oleh pihak universiti,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Abdul Hannaan berkata, surat ini menunjukkan pembabitan pihak pengurusan UiTM serta pelajar universiti itu di Stadium Bukit Jalil untuk menjadi sukarelawan satu program anjuran agensi luar.

“Seperti yang kita tahu, program mega yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil adalah Sambutan Ulang Tahun UMNO dan mahasiswa-mahasiswa hadir ke sana melalui UiTM. Jika UMNO, segalanya boleh. Selain daripada UMNO, segalanya salah,” katanya.

The post Armada kesal pelajar UiTM diarah sertai ulang tahun UMNO appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Armada kesal pelajar UiTM diarah sertai ulang tahun UMNO
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Armada kesal pelajar UiTM diarah sertai ulang tahun UMNO"

Back To Top