KUALA LUMPUR, 11 Syaaban 1438H, Isnin – Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy belum lagi menerima ‘notis rasmi’ penyingkirannya daripada menganggotai lembaga pengarah TRX City Sdn Bhd dan Bandar Malaysia Sdn Bhd.
Portal theedgemarkets.com melaporkan Arul Kanda menjangkakan penyingkirannya selepas kedua-dua syarikat itu yang sebelum ini di bawah 1MDB, kini diletakkan di bawah Kementerian Kewangan Diperbadan (MoF Inc) berkuat kuasa 31 Mac lalu.
“Ia adalah wajar untuk menjangkakan MoF Inc akan melantik pengarah baharu mengikut budi bicaranya,” katanya.
Penyingkiran Arul Kanda itu dilaporkan dibuat selepas TRX City Sdn Bhd, syarikat di bawah Kementerian Kewangan, mengumumkan perjanjian jualan saham (SSA) Bandar Malaysia dengan Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corperation (M) Sdn Bhd (CREC), dibatalkan.
Perjanjian itu membabitkan 60 peratus modal terbitan dan berbayar Bandar Malaysia Sdn Bhd, bernilai RM7.41 bilion. Keseluruhan pembangunan Bandar Malaysia membabitkan kos kira-kira RM200 bilion.
Ahli perniagaan Tan Sri Lim Kang Hoo memiliki 63 peratus pegangan dalam IWH, manakala Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (37 peratus).
Pembatalan perjanjian itu yang dibuat secara tiba-tiba menimbulkan banyak persoalan dan mencetuskan pelbagai khabar angin mengenai projek berkenaan.
Perjanjian jual saham Bandar Malaysia RM7.41 bilion kepada Iskandar Waterfront, China Railway batal
Banyak persoalan berhubung pembatalan kontrak Bandar Malaysia, kata Kadir Jasin
The post Arul Kanda sudah jangka penyingkiran daripada TRX City appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Arul Kanda sudah jangka penyingkiran daripada TRX City
0 Komentar untuk "Arul Kanda sudah jangka penyingkiran daripada TRX City"