KUALA LUMPUR, 11 Syaaban 1438H, Isnin – Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini mengesahkan pertemuan antara Korea Utara dan Malaysia bagi aksi pusingan kelayakan Piala Asia 2019 akan tetap berlangsung di Pyongyang pada 8 Jun ini.
Menerusi satu kenyataan di laman web mereka, sebentar tadi perlawanan pusingan akhir kelayakan Kumpulan B itu akan diadakan di Pyongyang selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan kerajaan Malaysia tidak mengenakan sebarang sekatan perjalanan terhadap rakyatnya untuk ke Korea Utara.
“Berdasarkan pengesahan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bahawa tiada halangan perjalanan daripada pihak kerajaan.
“AFC bersetuju bahawa aksi Kumpulan B bagi kelayakan Piala Asia 2019 akan berlangsung di Pyongyang, Korea Utara pada 8 Jun 2017,” kata kenyataan itu.
Isu mengenai lokasi perlawanan sebelum ini timbul susulan ketegangan hubungan diplomatik antara kerajaan Malaysia dan Korea Utara hingga menyebabkan perlawanan kedua-dua negara yang awalnya dijadual pada 28 Mac lalu.
Ia berlaku selepas insiden pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2), 13 Februari lalu.
Susulan itu, FAM bertindak mengemukakan permohonan kepada AFC untuk bermain di gelanggang berkecuali.
Tindakan diambil FAM itu dilakukan selepas mengambil kira semua aspek terutama keselamatan pemain dan pegawai pasukan.
Malah, sebelum keputusan dibuat AFC hari ini juga, FAM bertegas Malaysia mahukan aksi di stadium berkecuali, bukannya di Pyongyang.
The post Piala Asia: Malaysia tetap bertemu Korea Utara di Pyongyang appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Piala Asia: Malaysia tetap bertemu Korea Utara di Pyongyang
0 Komentar untuk "Piala Asia: Malaysia tetap bertemu Korea Utara di Pyongyang"