KAHERAH, 11 Syaaban 1438H, Isnin – Mahkamah Jenayah Giza menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap pemimpin Ikhwanul Muslimin, Dr Muhammad Badie dan dua lagi berhubung kes operasi di Rabaa, hari ini.
Mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada 15 lagi pemimpin Ikhwan Muslimin, termasuk Omar Malik, anak kepada Hassan Malik; Saad al-Husseini; bekas Ahli Parlimen, Salah Sultan; dan Pengarang Akhbar Youm 7, Hani Salahuddin. 21
Mahkamah, bagaimanapun membebaskan 21 tertuduh yang lain.
Pada Februari 2014, bekas Pendakwa Raya Mesir, Hisham Barakat mengarahkan defendan dibicara di Mahkamah Jenayah Giza, sebelum Badie dan 13 yang lain dijatuhi hukuman mati, 37 dihukum penjara seumur hidup dan 37 lagi dibicara semula.
Pada Jun 2015, Hisham Barakat terbunuh apabila konvoi dinaikinya terkena letupan bom kereta di daerah Heliopolis, Kaherah.
Kerajaan kudeta Mesir yang menggulingkan Mohamed Morsi sebagai Presiden Mesir, mengadakan perbicaraan besar-besaran terhadap Morsi, Badie dan ratusan penyokongnya serta Ikhwan Muslimin yang menyaksikan bekas presiden itu dijatuhi hukuman mati. Perbicaraan itu dikecam oleh kumpulan hak asasi manusia.
Badie yang menghadapi beberapa perbicaraan dan sebelum ini telah dijatuhi dua hukuman mati dan enam hukuman penjara seumur hidup dalam kes berasingan. – Agensi
The post Badie dihukum penjara seumur hidup kali ketujuh appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Badie dihukum penjara seumur hidup kali ketujuh
0 Komentar untuk "Badie dihukum penjara seumur hidup kali ketujuh"