Gema Semua Maklumat

Mangsa banjir di Kedah menurun

Mangsa banjir di Kedah menurun

ALOR SETAR, 18 Safar 1439H, Selasa – Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di empat daerah di Kedah setakat 4 petang ini menurun kepada 442 orang berbanding 982 orang pada 9 pagi tadi.

Pengarah Pertahanan Awam Negeri Lt Kol (PA), Mohd Zul Khairi Shamsuddin berkata kesemua mangsa daripada 112 keluarga ditempatkan di sembilan pusat pemindahan di Kuala Muda, Kulim, Baling dan Pendang.

Di Kuala Muda, lima pusat pemindahan masih dibuka iaitu di surau Taman Malinja yang menempatkan 15 orang, Dewan Kampung Bujang (86), Dewan Kampung Sungai Pial (6), surau Kampung Jilid 4/5 (12) dan Dewan Taman Setia Budi (55).

Di Kulim pula sebanyak 42 orang ditempatkan di surau Teluk Binu manakala pusat pemindahan di surau Kampung Baru Jemerli yang sebelum ini ditutup telah dibuka semula dengan menempatkan 31 mangsa.

Sementara itu, satu pusat pemindahan dibuka masing-masing di Baling di Masjid Kuala Bakong yang menempatkan lapan mangsa dan di Pendang di Dewan Seminar seramai 187 mangsa.

Ramai mangsa banjir telah dibenarkan pulang berikutan air sudah surut dan keadaan cuaca cerah sejak semalam.- Bernama

The post Mangsa banjir di Kedah menurun appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Mangsa banjir di Kedah menurun
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Mangsa banjir di Kedah menurun"

Back To Top