Gema Semua Maklumat

31 mangsa terkandas di Bukit Bendera diselamatkan

31 mangsa terkandas di Bukit Bendera diselamatkan

BANGI, 18 Safar 1439H, Selasa – Seramai 31 mangsa termasuk sembilan kanak-kanak yang terkandas di Bukit Bendera akibat pokok tumbang dan tanah runtuh yang berlaku sejak Sabtu lalu, berjaya dibawa keluar secara berperingkat dengan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).

Kesemua mangsa dilaporkan dibawa keluar secara berperingkat dengan helikopter yang mendarat di Kem Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Jalan Padang Tembak, Pulau Pinang bermula jam 2.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pihaknya terpaksa menggunakan khidmat helikopter bomba bagi operasi menyelamat ekoran laluan di sepanjang Bukit Bendera dalam keadaan berisiko.

“Baki 12 lagi mangsa terdiri daripada tujuh lelaki dan lima wanita kini dalam perjalanan turun menggunakan laluan bukit dan dijangka tiba pada bila-bila masa.

“Semua mangsa yang diselamatkan menggunakan helikopter tidak mengalami sebarang kecederaan. Mereka juga mendapat bekalan makanan mencukupi ketika berlindung di sebuah hotel di puncak bukit,” katanya.,” katanya seperti dilapor Berita Harian (BH), hari ini.

Dilaporkan, semua mangsa naik ke Bukit Bendera Sabtu lalu, bagi melakukan upacara keagamaan, sebelum terkandas akibat trek kereta api yang rosak selepas banjir kilat yang berlaku di negeri ini.

Operasi menyelamat turut dibantu pelbagai agensi keselamatan lain termasuk bomba, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan kakitangan perubatan Hospital Pulau Pinang (HPP).

The post 31 mangsa terkandas di Bukit Bendera diselamatkan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 31 mangsa terkandas di Bukit Bendera diselamatkan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "31 mangsa terkandas di Bukit Bendera diselamatkan"

Back To Top