Gema Semua Maklumat

Amaran hujan lebat di Semenanjung, Sarawak

Amaran hujan lebat di Semenanjung, Sarawak

BANGI, 18 Safar 1439H, Selasa – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat beserta angin kencang di beberapa buah negeri di Semenanjung dan Sarawak.

Jabatan itu dalam satu kenyataan dikeluarkan petang tadi memaklumkan bahawa amaran cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga malam ini.

Keadaan itu membabitkan beberapa daerah di Kedah antaranya Padang Terap, Sik dan Baling, termasuk satu daerah di Perak (Hulu Perak).

Turut terjejas negeri di bahagian Pantai Timur iaitu Kelantan (daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah dan Jeli), termasuk Terengganu serta dua kawasan di Pahang (Rompin dan Pekan).

Sementara di bahagian selatan tanah air membabitkan daerah Segamat, Kluang dan Mersing, Johor.

Tidak terkecuali dilanda hujan lebat adalah di bahagian Sibu, Sarikei dan Betong di Sarawak.

The post Amaran hujan lebat di Semenanjung, Sarawak appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Amaran hujan lebat di Semenanjung, Sarawak
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Amaran hujan lebat di Semenanjung, Sarawak"

Back To Top