Gema Semua Maklumat

Batal debat: Ketua Polis Perak nafi tuduhan Nazri Aziz

Batal debat: Ketua Polis Perak nafi tuduhan Nazri Aziz

IPOH, 26 Syaaban 1438H, Selasa – Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan menafikan tuduhan Datuk Seri Nazri Aziz yang mendakwa polis terlibat mengarahkan beberapa pemimpin UMNO membuat laporan berhubung penganjuran debatnya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, dakwaan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu adalah tidah benar dan menyifatkannya sebagai tuduhan liar.

“Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa pihak polis di sini tidak terlibat dalam mana-mana pertelingkahan politik atau menyebelahi sesiapa di negara ini.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak profesional dan hanya mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang,” katanya.

Beliau menasihatkan semua pihak supaya tidak mengheret atau membabitkan polis dalam apa jua isu di antara mana-mana parti politik.

Nazri menerusi laporan sebuah portal sebelum ini mendakwa program debatnya dengan Tun Mahathir dibatalkan ekoran beberapa pemimpin UMNO telah diarahkan oleh pihak polis untuk membuat laporan polis.

Beliau mendakwa memiliki lima salinan laporan polis yang kesemuanya memiliki format serupa dengan kenyataan sama bagi menentang penganjuran debat itu.

Malah Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu mendakwa bahawa di kalangan mereka yang membuat laporan itu terdiri daripada pemimpin UMNO cawangan kawasannya, ahli Pemuda UMNO dan ketua kampung.

The post Batal debat: Ketua Polis Perak nafi tuduhan Nazri Aziz appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Batal debat: Ketua Polis Perak nafi tuduhan Nazri Aziz
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Batal debat: Ketua Polis Perak nafi tuduhan Nazri Aziz"

Back To Top