Gema Semua Maklumat

Bintang MU sambut Ramadan di Makkah, kerjakan umrah

Bintang MU sambut Ramadan di Makkah, kerjakan umrah

MAKKAH, 4 Ramadan 1438H, Selasa – Bintang bolasepak Manchester United (MU), yang juga pemain termahal dunia, Paul Pogpa, menyambut Ramadan dengan mengerjakan ibadah umrah.

Menerusi klip video yang dimuat naik dalam laman Instagram rasminya, Pogpa dilihat memakai ihram tatkala solat sunat Tarawih di Masjidil Haram.

Pogpa adalah pemain kebangsaan Perancis yang bermain untuk MU di bahagian tengah dalam English Premier League (EPL).

Beliau setakat ini adalah pemain termahal apabila dipindahkan dari Juventus ke MU tahun lalu iaitu membabitkan kira-kira RM576.75 juta.

Kehadiran Pogpa di Makkah adalah selepas tiga hari membawa MU menjuarai Liga Europa selepas menewaskan Ajax Amsterdam 2-0 pada aksi final 24 Mei lalu.

The post Bintang MU sambut Ramadan di Makkah, kerjakan umrah appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Bintang MU sambut Ramadan di Makkah, kerjakan umrah
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Bintang MU sambut Ramadan di Makkah, kerjakan umrah"

Back To Top