Gema Semua Maklumat

Bukan PAS gagalkan rundingan, tetapi Dr Mahathir

Bukan PAS gagalkan rundingan, tetapi Dr Mahathir

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 19 Syaaban 1438H, Selasa – PAS menafikan dakwaan Ketua Biro Strategi dan Dasar Bersatu, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff berhubung rundingan antara kedua parti itu gagal berpunca oleh lima individu yang disenaraikannya.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kegagalan rundingan itu sebaliknya berpunca sendiri oleh sikap dan kenyataan pimpinan utama Bersatu berhubung agenda memperkasakan dasar Islam dalam pentadbiran serta perundangan, termasuk Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355.

Katanya, PAS menggantung rundingan berkenaan berikutan disebabkan beberapa kenyataan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertentangan dengan dasar dan perjuangan parti itu.

“Perundingan antara PAS dan Bersatu adalah mandat Jawatankuasa PAS Pusat yang telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Perundingan yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden manakala Dr Ahmad Samsuri, YB Dato’ Dr Khairuddin, YB Ustaz Nasaruddin Hassan adalah anggota JK Perundingan tersebut.

“Adalah tidak benar meletakkan kegagalan perundingan kepada anggota JK Perundingan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Rais sebelum ini mendakwa wujud sekumpulan individu PAS yang bertanggungjawab menggagalkan rancangan membentuk kerjasama antara kedua-dua parti itu.

Lima individu itu ialah Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Ketua Penerangan, Nasrudin Hassan; Anggota Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, Anggota Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, dan Pengarah Penyelidikan PAS, Dr Ahmad Zuhdi Marzuki.

The post Bukan PAS gagalkan rundingan, tetapi Dr Mahathir appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Bukan PAS gagalkan rundingan, tetapi Dr Mahathir
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Bukan PAS gagalkan rundingan, tetapi Dr Mahathir"

Back To Top