BANGI, 19 Syaaban 1438H, Selasa – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas selamat menjalani pembedahan penggantian injap jantung di Institut Jantung Negara (IJN), hari ini.
Menurut IJN dalam satu kenyataan berkata, Ahli Parlimen Marang itu mengalami peningkatan simptom disebabkan kebocoran injap jantung yang menjejaskan aktiviti harian dan dinasihatkan doktor supaya pembedahan dijalankan.
Beliau kini dipantau di ICU untuk beberapa hari sebagai rutin yang harus dipatuhi selepas prosedur pembedahan tersebut.
Kenyataan itu berkata, tempoh 48 jam akan datang adalah waktu penting dalam penjagaan selepas pembedahan yang akan terus berada di bawah pemerhatian unit itu oleh sepasukan doktor dan jururawat.
“Awal pagi ini, Datuk Seri Abdul Hadi menjalani pembedahan selama tiga jam dengan sepasukan doktor diketuai oleh etua Pegawai Eksekutif (CEO) IJN, Datuk Seri Mohd Azhari Yakub; Ketua Pembedahan Kardiotorasik, Datuk Seri Dr Jeffrey Jeswant Dillon dan Timbalan Ketua Jabatan Anestesiologi, Datuk Dr Suhaini Kadiman,” kata IJN.
Katanya, doktor berpuas hati dengan perkembangan Hadi yang dilaporkan stabil dan dinasihatkan tidak menerima sebarang pelawat kecuali ahli keluarga terdekat.
The post Hadi Awang selamat jalani pembedahan jantung appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Hadi Awang selamat jalani pembedahan jantung
0 Komentar untuk "Hadi Awang selamat jalani pembedahan jantung"