Gema Semua Maklumat

Bukit Aman dijangka hadapi rombakan besar-besaran

Bukit Aman dijangka hadapi rombakan besar-besaran

IPOH, 18 Syaaban 1438H, Isnin – Bukit Aman dijangka akan melakukan rombakan secara besar-besaran susulan penahanan 16 anggota polis termasuk empat pegawai kanan berhubung siasatan sindiket dadah.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim memaklumkan perkara itu selepas beliau mengesahkan bahawa anggota polis yang terlibat didapati memberi maklumat operasi pihak berkuasa kepada sindiket.

“Mana-mana anggota polis atau pegawai yang didapati bersekongkol dengan sindiket jenayah akan dihukum,” kata beliau pada Isnin.

Terdahulu, antara pegawai polis yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 termasuk anggota berpangkat timbalan superitenden (DSP) dan seorang inspektor.

Ada di antara anggota polis yang terlibat bertugas dalam Jabatan Narkotik, dipercayai melindungi sindiket jenayah atas kepentingan tertentu.

Pada 13 Mei lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tangkapan itu merupakan sebahagian Operasi Kabaddi untuk menentang amalan korupsi dalam pasukan polis.

“Ya, saya mengesahkan kita memulakan satu operasi khas untuk membersihkan PDRM daripada penyangak polis.

“Saya sudah memberikan amaran yang polis tidak akan berkompromi dalam perjuangan menentang jenayah. Kita juga tidak akan melindungi sesiapa sahaja, termasuk orang kita sendiri,” katanya.

The post Bukit Aman dijangka hadapi rombakan besar-besaran appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Bukit Aman dijangka hadapi rombakan besar-besaran
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Bukit Aman dijangka hadapi rombakan besar-besaran"

Back To Top