Gema Semua Maklumat

Debat dibatalkan, Mukhriz tetap anjur majlis khas jawab fitnah

Debat dibatalkan, Mukhriz tetap anjur majlis khas jawab fitnah

BANGI, 7 Syaaban 1438H, Khamis – Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berhasrat memberi penjelasan kepada rakyat berhubung tuduhan punca kekayaannya menerusi satu penganjuran majlis khas.

Beliau berkata, rancangan itu adalah untuk memberi penerangan mengenai fitnah yang dilemparkan oleh Naib Ketua UMNO Bahagian Pokos Sena, Haris Che Mat terhadapnya, ekoran keputusan pihak berkuasa untuk tidak meluluskan permit permohonan debat antara dua pihak itu.

“Walau bagaimana pun, hasrat saya untuk menjawab dan memberi penerangan mengenai dakwaan itu tetap akan diteruskan.

“Saya akan membuat satu majlis khas di Kedah dalam masa terdekat ini untuk menjawab segala dakwaan yang dibuat kepada saya dan juga ahli keluarga, sekali gus menepis segala fitnah yang dilontarkan oleh pihak tertentu yang cuba untuk memburukkan imej kami sekeluarga,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Mukhriz berkata, permohonan debat itu tidak diluluskan pihak berkuasa atas alasan faktor ketenteraman awam, selain tajuk dibincangkan tidak bersesuaian.

Debat antara Mukhriz dan bekas pembantu khasnya itu dirancang berlangsung pada 27 April atau 5 Mei ini, di Dewan Perhimpunan Melayu Kedah, Alor Setar.

Ia adalah susulan cabaran yang diberi oleh Haris, menuntut bekas Menteri Besar Kedah itu menjawab tuduhan memiliki aset melebihi RM1 bilion, sekaligus mendedahkan punca kekayaan yang dimilikinya.

The post Debat dibatalkan, Mukhriz tetap anjur majlis khas jawab fitnah appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Debat dibatalkan, Mukhriz tetap anjur majlis khas jawab fitnah
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Debat dibatalkan, Mukhriz tetap anjur majlis khas jawab fitnah"

Back To Top