PULAU PINANG, 18 Syaaban 1438H, Isnin – Ketua Pembangkang negeri, Datuk Jahara Hamid berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang menolak permohonan pihaknya untuk membentangkan usul supaya ketua menteri dan penjawat awam bercuti jika berdepan pertuduhan rasuah di mahkamah.
Beliau yang juga anggota DUN Telok Ayer Tawar berkata, notis penolakan itu diterima Jumaat lepas.
Ketika ditanya pemberita berhubung sebab penolakan itu, Jahara meminta perkara itu diajukan pada speaker Law Choo Kiang sendiri.
Bagaimanapun, Law enggan mengulas perkara itu buat masa ini bagi menghormati anggota-anggota dewan dan peraturan tetapnya.
Beliau hanya akan berbuat demikian apabila sidang dewan bermula.
“Mereka mahu tutup semua pintu untuk lindung ketua menteri,” kata Jahara.
Mengulas lanjut, Jahara turut menyifatkan pihak kerajaan negeri “mengarut” dan tidak mengamalkan demokrasi atau kebebasan bersuara dengan langkah itu.
Jahara memfailkan usul untuk memaksa Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung parti rasis dan cauvinis, DAP bercuti kerana berdepan dua pertuduhan rasuah di mahkamah.
The post DUN Pulau Pinang tolak usul arah Guan Eng bercuti appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di DUN Pulau Pinang tolak usul arah Guan Eng bercuti
0 Komentar untuk "DUN Pulau Pinang tolak usul arah Guan Eng bercuti"